Thursday, May 9, 2013

berjela.......


Assalamualaikum,
lamakan aku tak tulis something dalam belog ni ? actually aku tak tahu nak tulis apa walau dalam diri ni terlampau banyak yang nak diluahkan tapi tak terluah. Anyways today, aku nak luahkan jugak . sebab BOSAN. k.

sekarang aku masih tak percaya yang aku sebenarnya dah habis sekolah dan telah membuang masa selama 6 bulan dirumah tanpa melakukan perkara yang berfaedah. kerja aku bangun , makan, kelua, online, tidur and ulang benda sama tiap hari, lifeless dan sangat membosankan.

Dan aku jugak masih tak percaya yang aku bakal meninggalkan family untuk sambung belajar . sumpah. aku tak percaya yg aku bakal melanjutkan pelajaran aku tanpa family disisi. mampu ke aku nak hidup berdikari walhal tidur pun still satu katil lagi dengan mama even dah lapanbelastahun? mampu ke aku nak mengadapi cabaran yg lebih besar? entahla.aku rasa macam aku tak bersedia nak hadapi semua tu walau aku tau aku tetap kena hadapi sama ada cepat atau lambat..

Ezy ni cerita macam dapat tawaran dari beribu universiti pulak, muahha.. actually , Allahamdullilah aku dah berjaya di panggil untuk interview Asasi Tesl dekat UITM Shah Alam baru-baru ni.. memang tersangatlah gelabah time dapat tahu aku kena hadiri sesi temuduga tu.. SEMINGGU ye aku tak tidur lena buat preparation punya pasal. Aku buat research macam orang gila. And dekat sini jugak aku nak zahirkan betapa rasa terharunya perasaaan aku sebab dikelilingi kwan-kawan and pameli, sanak-saudara yg sangat sangat sangat supportive. Terima kasih sangat banyak membantu aku dan memberi semangat sebelum aku give up ! dan , tersangat bersyukur sebab Allah memudahkan segala urusan aku masa sesi temuduga tu, Itulah temuduga yg pertama yg aku pernah tempuh sepanjg aku hidp selama lapanbelastahun. Jenuh k nak menggoreng ayat time tu . Speaking bagai lagi . fuhhh. Aku masih menuggu jawapan utk sesi temuduga tu, InsyaAllah kalau ada rezeki , ada la. Mudah-mudahan.

Dan Alhamdullilah jugak aku dapat tawaran Matrik di Tangkak,Johor course sains selama setahun . Aku ulang . Aliran SAINS . AGAIN. aku ulang , JOHOR . Tergamam dan aku tak tahu nak cakap apa. sanggup ke sejauh tu aku nak merantau? sanggup ke aku nak belajar fizik? kimia? biologi ? semua tu balik ? ohmai ! cukup 2 tahun aku sengsara. Tapi kalau rezeki aku takde dekat UPU, TERpaksa la aku harung jugak semuanya.

Tudia punya berjela aku tulis . haha . maaf yer, Lastly, Aku mohon , Allah permudahkan segalanya untuk aku.. Semoga Allah aturkan masa depan aku dengan sebaik mungkin... InsyaAllah . :' )