Monday, May 27, 2013

pengalaman mendewasakan

Assalamualaikum dan hai !
today aku nak share something sebelum aku melanjutkan pelajaran aku . *over
  oke, let me start with Alhamdullilah for all good things that has happend to me :)
aku sangat sangat bersyukur sebab pada 17hb mei haritu aku telah berjaya mendapat tawaran sambung belajar ke uitm. 


tadaaaaa!yesss! ASASI TESL.aku dapat asasi tesl. Masa aku baca je benda ni aku terdiam dan nagis. sebab aku rasa bersyukur sangat dan hey! aku lulus temuduga tu! alhamdullilah aku berjaya dalam temuduga yg pertama kali dalam hidup aku. Siapa sangka. Rezeki Allah :')
 so kat sini aku nak share pengalaman temuduga aku for asasi tesl at uitm :)

Mula-mula perkara pertama yang penting penampilan mesti jaga . PENTING ! Pastikan pakaian kemas. time temuduga tu aku siap pakai blazer k. Dengan kasut kulit warna hitam yg mcm nurse tu haa.haha. Mmg rasa mcm over la ezy ni, but trust me. kau akan ada keyakinan bila kau berpakaian kemas :)

Second, make sure you prepare well. Tambah-tambah utk sesiapa yg BI dia yg ala-ala mcm aku ni ha. cukup utk bernafas dan tak fluent sgt tu.. hehe. 

interview ni sebenarnya tak la susah sgt tambah-tambah utk budak yg pndai speaking. Mesti rasa mcm kacang golek je. tapi mcm aku ni kena la buat preparation lebih sikit. 

Mula-mula kita akan tempuh writting test selama satu jam. Dia ada 2 bahagian . bahagian pertama soalan objektif. 15 soalan dan jwb berdasarkan teks yg diberi. jgn ingat mudah! sbb ayt-ayatyg diguna tersangatlah tinggi sampai aku pun rasa macam nak main dadu je time bulat jawapan tu. then bahagian kedua esei. time aku haritu, aku dapat soalan :

"what your highest achievement and how its help you to achieve your own goals."

so aku jawabla dengan tangan yg berpeluh sebab lama tak pegang pen. hehe . oh ya,aku jwb esei dulu then 10 minit terakhir baru aku jawab objektif tu. Allah je tau betapa kelam kelibut aku time tu --'

selepas kertas dikutip kitorg kena berbaris pulak utk ke bilik temuduga. aku dapat bilik satu. semua ada 6 bilik kalau tak silap . dan giliran aku num 4. EMPAT k. tak sempat nak bernafas aku time tu. haha. nervous jgn cakap la mcm mna. oh ya ! JANGAN lupa bawak semua dokumen yg diminta . Susun ikut list. Biar teratur. Make sure LENGKAP !
         
Setelah menunggu dlm 20 minit loceng  ditekan dan bermakna giliran aku. fuh kiri kanan. seram k. tapi benda penting masuk kena yakin! badan TEGAK ! suara kena jelas sbb kau bukan duduk depan dia. tapi kau akan diletakkan kat hujung bilik tu then duduk berhadapan dengan interviewer tu, so make sure suara JELAS. 

antara soalan yg ditanya :
-introduce yourself
-why choose tesl
-who inspired you
-how they inspired you
-what current issue about education that you know

Time current issue tu mmg terdiam sat. haha. tapi aku cakap pasal PPSMI yg teaching science and math in english tu. penat aku goreng. dan boley diorg tny benda ni success ke tak. Memang sah aku menggoreng lagi.. tapi Alhamdullilah semuanya Allah permudahkan .

Dan Alhamdullilah aku berjaya diterima dan lulus temuduga tersebut dan pada 2hb jun ni aku akan mendaftar di uitm kuantan,. KUANTAN. Ambik hg ezy , takpernah berpisah sgtkan ngn family.haaaa. kuantan kau dapat,. Tapi aku terima sebab perancangan Allah terlampau hebat . Pasti ada hikmah disebalik ketetapan-NYA

so terang-terangan aku telah menolak tawaran ke matrikulasi johor. mungkin rezeki aku lebih kearah uitm. insyallah. 


gambar sebelum di interview. k baik sgt muka. haha. kbai

Thursday, May 9, 2013

berjela.......


Assalamualaikum,
lamakan aku tak tulis something dalam belog ni ? actually aku tak tahu nak tulis apa walau dalam diri ni terlampau banyak yang nak diluahkan tapi tak terluah. Anyways today, aku nak luahkan jugak . sebab BOSAN. k.

sekarang aku masih tak percaya yang aku sebenarnya dah habis sekolah dan telah membuang masa selama 6 bulan dirumah tanpa melakukan perkara yang berfaedah. kerja aku bangun , makan, kelua, online, tidur and ulang benda sama tiap hari, lifeless dan sangat membosankan.

Dan aku jugak masih tak percaya yang aku bakal meninggalkan family untuk sambung belajar . sumpah. aku tak percaya yg aku bakal melanjutkan pelajaran aku tanpa family disisi. mampu ke aku nak hidup berdikari walhal tidur pun still satu katil lagi dengan mama even dah lapanbelastahun? mampu ke aku nak mengadapi cabaran yg lebih besar? entahla.aku rasa macam aku tak bersedia nak hadapi semua tu walau aku tau aku tetap kena hadapi sama ada cepat atau lambat..

Ezy ni cerita macam dapat tawaran dari beribu universiti pulak, muahha.. actually , Allahamdullilah aku dah berjaya di panggil untuk interview Asasi Tesl dekat UITM Shah Alam baru-baru ni.. memang tersangatlah gelabah time dapat tahu aku kena hadiri sesi temuduga tu.. SEMINGGU ye aku tak tidur lena buat preparation punya pasal. Aku buat research macam orang gila. And dekat sini jugak aku nak zahirkan betapa rasa terharunya perasaaan aku sebab dikelilingi kwan-kawan and pameli, sanak-saudara yg sangat sangat sangat supportive. Terima kasih sangat banyak membantu aku dan memberi semangat sebelum aku give up ! dan , tersangat bersyukur sebab Allah memudahkan segala urusan aku masa sesi temuduga tu, Itulah temuduga yg pertama yg aku pernah tempuh sepanjg aku hidp selama lapanbelastahun. Jenuh k nak menggoreng ayat time tu . Speaking bagai lagi . fuhhh. Aku masih menuggu jawapan utk sesi temuduga tu, InsyaAllah kalau ada rezeki , ada la. Mudah-mudahan.

Dan Alhamdullilah jugak aku dapat tawaran Matrik di Tangkak,Johor course sains selama setahun . Aku ulang . Aliran SAINS . AGAIN. aku ulang , JOHOR . Tergamam dan aku tak tahu nak cakap apa. sanggup ke sejauh tu aku nak merantau? sanggup ke aku nak belajar fizik? kimia? biologi ? semua tu balik ? ohmai ! cukup 2 tahun aku sengsara. Tapi kalau rezeki aku takde dekat UPU, TERpaksa la aku harung jugak semuanya.

Tudia punya berjela aku tulis . haha . maaf yer, Lastly, Aku mohon , Allah permudahkan segalanya untuk aku.. Semoga Allah aturkan masa depan aku dengan sebaik mungkin... InsyaAllah . :' )

Monday, March 25, 2013

this is me.



Aku bukan seorang yang terlalu kuat untuk hadapi segala masalah dengan tenang. Tapi aku sejenis manusia yang tak boleh nak tunjuk dekat orang sama ada aku dalam kesedihan atau terluka. Aku jugak seorang manusia yang senang melupakan masalah. Senang lupa apa yang berlaku. kesian kan? haha

Aku seorang manusia yang mudah untuk memberi peluang pertama kepada seseorang.. Tersangat mudah. tapi aku tak mudah untuk memberi peluang kedua untuk orang yang tak reti menghargai peluang pertama. Yes. Hati aku memang lembut. Tapi sekali terluka jangan ingat mudah nak sembuhkan.

Aku seorang pemaaf. Tapi aku tak mudah melupakan . Aku bukan pendendam. Tapi aku akan buktikan betapa ruginya orang yang tak reti menghargai peluang yang diberi. Aku pelik kenapa manusia tak pernah nak hargai apa yang didepan mata.Kenapa bila seseorang tu dah "give up" baru sibuk nak merayu meminta peluang?

Please,Bersyukur dengan apa yang ada.

Aku mudah untuk menyayangi. tapi tak mudah mencintai. sekali aku kata aku cinta. itu makna aku serius. dan sekali aku dipermain , MAAF, Tiada maaf bagimu .

Ramai pelik dengan sikap aku yang mudah melupakan sesorang yang pernah aku cinta. ramai cakap aku terlalu mudah mecari pengganti dan melupakan . tapi manusia..... hanya pandai mengkritik tanpa rasa apa yang kita rasa.



Bagi aku untuk apa kita bersama dengan someone yang hanya ada bila dia perlu kita dan pergi ikut suka hati? Buat apa kita bersama dengan someone yang suka buat kita terluka dan berjanji kononnya tak akan buat lagi? Buat apa kita bersama dengan sesorang yang selalu buat kita ternanti walhal masih ada yang menanti kita tanpa kita sedari? Buat apa kita menanti orang yang tak reti menghargai walhal masih ada yang menanti detik untuk menghargai kita sekian lama? Buat apa kita memberi peluang kedua, ketiga dan seterusnya kepada orang yang sama walhal dalam diam ada seseorang yang hanya minta peluang pertama ?

Tapi itu soal hati dan perasaan. kita hanya mampu berkata. tapi kita tak mampu merasa. Lain orang lain cabaran dan dugaan. Dan lain orang lain cara untuk atasi masalah sendiri. So terpulang. Ini cara aku . Dan inilah aku :)



"Make them worder why you're still smiling."
xoxo,
ezieatul syameera.

Saturday, February 23, 2013

And this is my answer.



I remember when we broke up the first time
Saying, "This is it, I've had enough," 'cause like
We hadn't seen each other in a month
When you said you needed space. (What?)
Then you come around again and say
"Baby, I miss you and I swear I'm gonna change, trust me."
Remember how that lasted for a day?
I say, "I hate you," we break up, you call me, "I love you."

Ooh, we called it off again last night
But ooh, this time I'm telling you, I'm telling you

We are never ever ever getting back together,
We are never ever ever getting back together,
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together


Like, ever...

I'm really gonna miss you picking fights
And me falling for it screaming that I'm right
And you would hide away and find your peace of mind
With some indie record that's much cooler than mine

Ooh, you called me up again tonight
But ooh, this time I'm telling you, I'm telling you


We are never, ever, ever getting back together
We are never, ever, ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together

Ooh, yeah, ooh yeah, ooh yeah
Oh oh oh

I used to think that we were forever ever
And I used to say, "Never say never..."
Uggg... so he calls me up and he's like, "I still love you,"
And I'm like... "I just... I mean this is exhausting, you know, like,
We are never getting back together. Like, ever"


No!


We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together

We, ooh, getting back together, ohhh,
We, ooh, getting back together


You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me (talk to me)
But we are never ever ever ever getting back together


sincerely,
Ezieatul Syameera Ilyani :)

Saturday, February 9, 2013

End.



assalamualaikum,
dah lama sangat aku tak menulis..sungguh lama..bukan sebab tak ada masa tapi sebab tak ada effort nk tulis..malas sangat..tapi harini aku gagahi jugak diri ini menulis..

Impian utk aku melalui tahun 2013 dengan aman tidak tercapai..pelbagai rintangan dan ujian aku kena tempuh..sumpah..aku rasa lost tersangat..aku rasa macam tak boleh sangat hadapi..tapi Allah maha adil..Dia tahu apa yg terbaik utk hamba-Nya..

Hidup tak selalu indah, hidup tak selalu pahit.. hidup bagaikan roda..sekejap diatas dan sekjeap dibawah..itu semua telah tertulis utk kita.. Benda yg aku lalui byk mengajar aku utk jadi matang supaya tidak mudah melatah..terima kasih Ya Allah beri aku kekuatan.

Berdiam diri bukan bermaksud kalah..tetapi sebab tak mahu memanjangkan masalah. 

Alhamdulliah, Allah membantu aku.. Allah telah merancang segalanya.. Terima Kasih Ya Allah

sekian,
Ezieatul Syameera Ilyani.

Wednesday, January 2, 2013

happy 2013


Azam 2013 
*lebih dekat kepada Allah S.W.T
*meninggalkan segala perkara lagha 
*menjauhkan diri dari manusia yang sentiasa menyesakkan diri aku selama ni
*membuang manusia yang tak penting dalam hidup aku, totaly akan ! 
*lebih berhati-hati dengan manusia yang muka bertalam 
*pastikan tahun 2013 tak mcm tahun 2011 dan 2012 
*dapat gembirakan semua family 
*hope aku dikelilingi dengan manusia yang boleh membimbing aku ke jalan yg benar 
*semoga aku bahagia dunia dan akhirat :)

Friday, December 14, 2012

blur -,-

holaa..
semalam aku telah mengikuti along dan mama ke Wakaf Che Yeh *tak sure ejaan betul ke tak -,-
dan aku telah singgah ke satu kedai yang mempunyai banyakkkk animal..semua kiut miut..
geram aja tengok..dan aku dengan selamba badak telah mengeluarkan phone dan menangkap gamba haiwan-haiwan tersebut tanpa rasa bersalah..so selfish ! ahaks

sedang aku tangkap gamba sugar glider, tiba-tiba...

"Dik , tak boleh tangkap gamba" 

aku just angguk tanpa menoleh dan buat selamba badak je tangkap jugak gamba
*act aku tak dengar pun ape org tu ckp..haha

dan kemudian akak tu ulang benda yang sama sambil jeling maut dekat aku.. 

kesian aku..

aku pun tengok dia dan cakap 

"oh , okey ! " 

dalam hati cakap kau dah terlambat la kak oi .. aku dah puas tangkap gamba dah pon..buwekk
*jahat sangatss

so inilah gamba yang aku dapat tangkap sebelum akak tu kacau -,-






dan inilah gamba mia yang tengah menahan kepanasan..


Thats all for today :)
mmuacchx !